Wednesday 17 October 2012

Harga Terendah Di Pasaran!

Botol Za'faran 10 g dengan pelekat label sedia untuk dihantar kepada pembeli

Assalamualaikum wbt, semoga Allah sentiasa merahmati para pelanggan dan pembaca.

Dapatkan herba asli Za'faran dari kami dengan harga yang terendah di pasaran sekarang! 

Satu botol Za'faran 10 gram hanya RM 55 ! Nanti dulu! Jika anda beli lebih dari satu botol, maka harga satu botol 10 g HANYALAH RM 50 !!

Satu botol Za'faran 5 gram pula HANYA RM 30 !! Dapatkan Za'faran asli anda sekarang dan amalkan pemakanan sihat dan terbaik dengan  Za'faran asli. Usaha & ikhtiar, Allah yang menentukan.

Tawaran Teristimewa Dari Kami:

Za'faran 10 g = RM 55
Beli lebih dari satu botol, 10 g = RM 50

Za'faran 5 g = RM 30


Amalkan Za'faran Untuk Minda Cerdas, Tubuh Cergas! InsyaAllah

Saturday 29 September 2012

Khasiat-Khasiat Za'faran


Allah berfirman "Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepadaNya kamu menyembah" (Surah An-Nahl, ayat 114).

Bunga Za'faran


Berikut merupakan antara khasiat Za’faran :

1. Menguatkan ingatan dan minda dan serta meningkatkan kecerdasan dan kepintaran

2. Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 ( Thiamin dan Riboflavin )

3. Mencantikkan kulit dan menangani masalah jerawat, gatal-gatal serta mengekalkan keremajaan kulit (Antioksida)

4. Mengawal tekanan darah tinggi dan kolestrol

5. Menguatkan jantung sekaligus mengurangkan risiko serangan sakit jantung

6. Mengurangkan keletihan dan kelesuan serta memberi tenaga tambahan

7. Merangsang tenaga syahwat dan menguatkan tenaga batin

8. Mengurangkan sakit dan lenguh sendi serta otot-otot

9. Merawat lelah (asthma) dan membantu pengawalan kencing manis (diabetes)

10. Menguatkan daya tahan melawan penyakit (imuniti) melalui pembentukan antibodi

11. Memulih tenaga batin wanita dan membantu proses penyembuhan selepas bersalin

12. Merawat masalah ketidaksuburan lelaki (mati pucuk) dan wanita serta menguatkan rahim

13. Melancarkan perjalanan darah serta membersihkan darah

14. Menyempurnakan proses penghadaman dan pencernaan

15. Menguatkan fungsi mata dan penglihatan serta mengelakkan pembentukan katarak

16. Merawat kemurungan, memberi ketenangan serta mengelakkan nyanyuk dan pelupa

17. Mengelakkan sembelit serta melegakan sakit perut

18. Merawat penyakit sukar tidur (insomnia) dan sawan

Dan berbagai lagi khasiat dan manfaat Za’faran seperti yang didapati di dalam kitab-kitab perubatan lama, jurnal-jurnal perubatan baru serta kajian-kajian moden yang dijalankan oleh pakar perubatan. Semuanya membuktikan Za’faran sangat unggul sebagai herba yang termahal di dunia, bukan sahaja kerana sangat susah didapati dan dihasilkan tetapi dek kerana tingginya khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan. Kita usaha dan ikhtiar, Allah yang menentukan.

Contoh Supplement Za'faran

Za'faran Penguat Minda, Rahsia Perubatan Purba


Za’faran- Herba Ajaib juga dikenali sebagai Tumbuhan Emas dan Raja Herba sememangnya sangat terkenal dan telah mempunyai lagenda tersendiri di dalam banyak budaya dan tradisi masyarakat sedunia. Herba eksotik ini amat terkenal kerana khasiatnya dalam perubatan, pewarna semulajadinya dan perasa yang menawan. Dinilai tinggi seantero dunia terutamanya oleh pakar-pakar perubatan dan masakan, Za’faran memang banyak kegunaannnya. Tidak hairanlah ia menjadi herba yang paling berharga dan termahal di dunia kerana sebanyak 150000-170000 stigma bunga bersamaan dua padang bola pokok Za’faran diperlukan hanya untuk satu kilogram herba ini. Satu hektar tanah pula hanya dapat menghasilkan 5-7 kilogram herba Za’faran. Ia sangat popular sebagai rempah perasa di dalam hidangan antarabangsa. Di banyak tempat, ia menjadi kewajipan setiap kali hidangan istimewa untuk kenduri kendara, keluarga bangsawan dan diraja serta dipandang sebagai tanda penghargaan istimewa kepada tetamu yang dijamu dengan Za’faran. Sifat pewarna semulajadi dan aromanya yang menawan pula menyebabkan ia sentiasa dijadikan sebagai perasa semulajadi di dalam hidangan masakan, pembuatan roti dan kek, produk tenusu dan lain-lain lagi.

Ais krim Kesar Sulfi yang ditabur dengan Za’faran

Sejak zaman nenek moyang lagi golongan bangsawan menjadikan Za’faran sebagai pewarna pakaian mereka dek kerana kekuatan aromanya yang juga memiliki keistimewaan sebagai penenang jiwa dan fikiran. Pewarna pakaian ini akan bertahan hingga ratusan tahun lamanya seperti yang dapat dilihat di kebanyakan muzium yang mempamerkan pakaian kebesaran raja-raja purba dan permaisuri serta golongan kenamaan.


Kesar Pulao – Hidangan nasi terkenal di India yang dicampur bersama Za’faran dan buah-buahan kering

Za’faran juga digunakan oleh keluarga diraja Arab dalam bentuk minyak wangi semburan dan atar. Ia menjadi bahan masakan yang tiada tolok bandingnya dalam masakan Hispanic-Arabic. Hidangan tradisi diraja Arab juga dilengkapi dengan teh yang dikisar bersama Za’faran. Ia mempunyai khasiat mencantikkan kulit, merawat jerawat dan selalunya digunakan dalam bentuk topeng “mask”. Masyarakat Arab dan India mengaplikasikan rawatan Za’faran ke atas perempuan yang baru bersalin bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan mengembalikan tenaga dalaman dan luaran mereka.

Za’faran mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menguatkan tenaga batin dan menjadi bahan utama dalam ramuan makanan dan minuman untuk kekuatan batin. Golongan bangsawan Rom menyembur kediaman mereka dengan wangian Za’faran dan memastikan mandian mereka dipenuhi bauannya. Stigma bunga Za’faran digunakan dengan meluas juga sebagai perasa dan pewarna di dalam makanan dan minuman di Mediterranean dan Asia. Banyak manisan di India, Pakistan dan Asia tengah menggunakan Za’faran sebagai ramuannya. Malah ais krim, kek, dan pelbagai produk kesihatan ayurveda juga turut ditambahkan dengan Za’faran.

Kesar Peda – Manisan tradisi India dengan ekstrak Za’faran


Za’faran juga boleh dicampurkan di dalam susu untuk mendapatkan khasiatnya dengan cara melarutkan beberapa urat Za’faran di dalam segelas susu. Madu dan gula boleh ditambahkan sedikit mengikut citarasa. Produk tembakau yang ekslusif mengandungi Za’faran sebagai bahan utama dan dieksport ke serata dunia, ia juga menjadi bahan utama dalam minyak wangi atar terutama di India dan Arab dan dieksport terutamanya ke negara-negara Islam.



Khasiat Perubatan :

Walaupun manfaatnya untuk kesihatan tidak terkira, namun disini kami memfokuskan kepada khasiat-khasiat tertentu dan pembaca boleh mencari lagi keistimewaan-keistimewaan lain yang dimiliki oleh Za’faran sepertimana yang ditulis dalam kitab-kitab dan jurnal-jurnal perubatan.

Sebagai Antibiotik atau daya tahan penyakit semulajadi. Ia mengawal tekanan darah dan membantu jantung membersihkan darah. Pengamal Za’faran kebiasaannya susah dijangkiti demam selsema. Kesuburan lelaki boleh ditingkatkan dengan pengamalan Za’faran hinggakan mereka boleh meneruskan keintiman rumahtangga sehingga ke usia 80 tahun. Tambahan lagi, Za’faran yang diminum atau ditempel di dahi mempunyai khasiat menguatkan ingatan dan mengelakkan nyanyuk di usia tua.



Di kalangan wanita, kehilangan darah sewaktu haid boleh dikawal oleh Za’faran. Sewaktu mengandung pula Za’faran mengandungi khasiat tinggi untuk ibu dan kandungan. Ia mengawal suhu badan dan mengayakan darah yang disalurkan kepada kandungan menyebabkan bayi mendapat khasiat tambahan dan lahir dengan tahap kesihatan yang tinggi. Dalam tradisi India dan Arab, ibu mengandung meminum susu yang dicampur Za’faran untuk memastikan kesihatan ibu dan anak dalam keadaan yang terbaik dan sebagai pemberi tenaga tambahan untuk proses kelahiran.

Para penyelidik di Amerika Syarikat telah menemui bahan-bahan aktif di dalam Za’faran yang memberikan khasiat tinggi untuk kesihatan. Ia boleh digunakan untuk merawat kemurungan, lelah (asthma), insomnia (sukar tidur) dan batuk kering serta lain-lain lagi. Yang penting khasiat Za’faran boleh dirasai jika diambil dalam kuantiti yang betul. Para pakar perubatan herba pula menyatakan bahawa Za’faran mempunyai kekuatan anti-barah, namun fakta ini belum dibuktikan sepenuhnya oleh pakar perubatan moden. Tambahan lagi, Za’faran dengan bahan-bahan aktif yang dimilikinya mampu merendahkan tahap kolesterol dan lemak triglycerides di kalangan pesakit jantung. Sejak dahulu hingga ke hari ini, ia turut digunakan sebagai ubat untuk melegakan sakit perut dan batu karang.

Za’faran digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda, Yunani, Cina dan Tibet. Ia sangat popular sebagai perangsang, herba yang kering dan lembut, membantu sistem pencernaan, perkumuhan dan masalah penghadaman. Dalam perubatan ayurveda, Za’faran digunakan dalam rawatan penyakit kronik seperti lelah dan sakit otot, juga dalam merawat batuk dan demam serta merawat jerawat dan pelbagai sakit kulit. Ia mempunyai reputasi besar sebagai ubat yang menguatkan fungsi perut dan membantu menyembuhkan sakit perut akibat memulas, senak dan kembung. Ia membantu mengurangkan keradangan, membantu rawatan kencing manis (diabetes), menguatkan jantung dan menguatkan fungsi otak.

Di India misalnya, diumpamakan sesiapa yang tidak pernah merasai hidangan bersama Za’faran, dia tidak pernah makan apa-apa di dunia. Za’faran sentiasa ditabur di atas hidangan kerana ia menambahkan rasa dan aroma masakan. Teh campuran Za’faran dikatakan amat mujarab untuk orang yang demam.

(Peringatan Perubatan : Maklumat dan panduan yang diberi di dalam blog ini hanyalah sebagai maklumat am bagi pembaca. Ianya bukanlah semata-mata ubatan yang boleh menggantikan ubatan yang telah dinasihatkan atau diberikan oleh pakar-pakar perubatan yang bertauliah. Silakan bertanya dan mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk sebarang ubatan baik tradisional ataupun moden. Kita berusaha dan berikhtiar, hanya Allah yang menentukan)